MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SERI JENGKA & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2023/2024
Alhamdulillah terima kasih di atas kehadiran ibu bapa yang sangat cemerlang semasa mesyuarat PIBG yang dijalankan pada:
Tarikh : 8 Jun 2024
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Jengka
Masa : 8.30 pagi-2.00 petang
 
Kami warga SERI sangat-sangat berbesar hati di atas sokongan penuh ibu bapa sepanjang mesyuarat diadakan di mana ibu bapa sangat aktif dalam mengutarakan pandangan, memberikan undian dan sokongan kepada calon AJK serta menerima baik cadangan untuk yuran PIBG yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, kami juga berterima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan untuk cabutan bertuah yang diadakan sepanjang mesyuarat. Hadiah yang diberikan cukup lumayan di mana rata-rata ibu bapa sangat bersyukur kerana mendapat barangan dapur seperti beras dan minyak masak serta comforter!!! Guru-guru yang menang cabutan bertuah pun tidak kurang juga seronok!!
 
Tambahan pula mesyuarat dirasmikan Yang Hormat Dato' Dr. Suhaimi Bin Ibrahim yang merupakan Pengerusi Yayasan Belia Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah World Youth Foundation. Beliau terpegun dengan kejayaan SMK Seri Jengka dalam melahirkan ramai pelajar cemerlang dan berjanji akan menyalurkan dana kepada sekolah supaya lebih ramai insan cemerlang yang dapat dilahirkan oleh sekolah ini.
 
Tidak ketinggalan pelejar-pelajar cemerlang SPM 2023/2024 juga diraikan semasa mesyuarat. semoga lebih cemerlang di masa akan datang dan dapat menyumbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara kelak.
 
 








 

No comments:

Post a Comment

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...