INFO SERI

VISI SEKOLAH
Melestarikan Kecemerlangan Murid Memacu Kreativiti dan Inovasi Menjelang Tahun 2025

MISI
Menjadikan Warga SERI Berminda Kelas Pertama dalam semua aspek selaras dengan aspirasi negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 

FALSAFAH SEKOLAH
Maruah Ditatang Martabat Dijulang

MOTO SEKOLAH
Leading Towards Excellence

 
SEJARAH
 
SMK Seri Jengka telah dibuka pada 2 Disember 1991 di atas sebidang tanah seluas 35 ekar. SMK Seri Jengka ialah sebuah Sekolah Rancangan Khas iaitu sekoiah berasrama penuh di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Semua pelajarnya tinggal di asrama. Pengetua pertama ialah Encik Wan Bustama Bin Wan Abdul Hayat dibantu oleh 13 orang guru dengan bilangan pelajar seramai 163 orang. Dengan perkembangan pembangunan fizikal yang pesat dan pertambahan bilangan pelajar serta disokong dengan pencapaian prestasi yang cemerlang SMK Seri Jengka telah dinaikkan taraf· sebagai· sekolah gred A pada 16.02.1998.
Pada tahun 2000 SMK Seri Jengka diberi kepercayaan membuka kelas Tingkatan 6 bagi menampung bilangan pelajar Tingkatan 6 di daerah Maran. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan bilangan tenaga guru kepada 44 orang dan bilangan pelajar seramai 598 orang. Semenjak pembukaannya, SMK Seri Jengka telah mencapai pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kurikulum dan ko-kurikulum. Pada tahun 2001, sekoiah ini telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Peperiksaan SPM Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan dengan pencapaian GPK 2.98. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. SMK Seri Jengka sekali lagi mengorak langkah dengan pembukaan kelas Tingkatan 6 Aliran Sains mulai 2005 dan seterusnya terpilih sebagai salah sebuah Sekoiah Rancangan Khas Negeri Pahang mulai tahun 2006.· Bilangan tenaga pengajar pada tahun 2013 ialah seramai 51 orang dengan bilangan pelajar seramai 524 orang.
 
 Pengetua yang pernah menerajui SMK Seri Jengka

Nama Pengetua

Tempoh

Jawatan Terakhir/ sekarang

YH Dato’ Wan Mustama bin Wan Abdul Hayat, DIMP,

1991 – 1995

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM. (Kini bersara)

YH Dato’ Yahya bin Zainal Abidin, DSAP.,AAP., AMP.

1996 – 1999

Pengarah Pelajaran Pahang

(Kini  bersara)

Tuan Haji Othman bin Ramli, AMP.

2000 -2003

Pengarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis (Kini  bersara)

Encik Hashim bin Puteh

2003 – 2004

Pengetua SM Teknik Kuantan

YH Datin Sri Dato’ Hajah Fatimah binti Kassim, DIMP., AMP.

2005 – 2014

Bersara Wajib pada 20 April 2014

Encik Yahya bin Awang

2014 - 2019

Bersara Wajib

Encik Ismail bin Abas

2019 - kini

 

 











 

 

 

 

Lagu Sekolah ’Ilmu Asas Kesejahteraan’

 

Bergerak arah satu tujuan

Dengan semangat  waja

Bekerjasama sentiasa

Membangun negara kita

                        Gembelingkan tenaga bersama

                        Hadapilah cabaran

                        Laksanakan tugas kita

                        Bersatu berjaya

Harapan kita menjadi nyata

Berdisiplin dan berilmu

Bersatu padu,taat dan takwa

Ilmu asas sejahtera

                        Terus maju Seri Jengka

                        Berganding bahu semua

                        Bina hidup berkualiti

Amalkan nilai yang murni

 
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga sekolah SMK Seri Jengka, 26500 Maran dengan penuh rasa tanggungjawab dan iltizam berjanji dan berikrar melaksanakan;

  1. Proses Pdpc dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.
  2. Segala kemudahan asas (kerusi, meja dan perabot) mencukupi dan selesa digunakan oleh semua murid.
  3. Agihan buku SPBT dibuat sebelum sesi persekolahan berakhir dan satu (1) minggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi murid tingkatan satu.
  4. Keputusan peperiksaan/pentaksiran sumatif di peringkat sekolah dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga tempoh empat (4) minggu selepas tamat peperiksaan/pentaksiran sumatif.
  5. Setiap penglibatan murid mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga satu (1) minggu sebelum tarikh penyertaan aktiviti.
  6. Enrolmen murid di sekolah dan asrama sentiasa kemaskini, tepat dan sahih  pada setiap bulan.
  7. Semua aduan pelanggan  mengenai pengurusan sekolah dan asrama serta disiplin akan dimaklumkan dalam tempoh-tempoh berikut :

Ø  Akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari

Ø  Maklum balas dalam tempoh  tujuh (7) hari

Ø  Laporan status aduan dalam tempoh empat belas (14) hari

  1. Setiap murid mesti menyertai :

Ø  Satu (1) unit badan beruniform

Ø  Satu (1)  unit persatuan  & kelab ko-akademik

Ø  Satu (1)  sukan / permainan

Ø  Semua aktiviti anjuran sekolah  / asrama

  1. Setiap kakitangan berpeluang menyertai LADAP melalui program perkembangan staf yang dianjurkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.
  2. 100% murid lepasan SPM / STPM berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS/ peringkat yang lebih tinggi.



No comments:

Post a Comment

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...