UCAPAN PENGETUA

Ucapan Alu-Aluan Pengetua 

Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya kita memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kita semua bersama mengembeling seluruh tenaga demi kecemerlangan sekolah yang kita sayang ini . Diharapkan melangkah tahun 2021, kita akan terus gigih berusaha dengan komitmen yang tinggi demi merealisasikan visi dan misi pendidikan Malaysia.

Warga SERI yang dikasihi; bersesuaian dengan tuntutan pendidikan masa ini, kita semua perlu berusaha untuk meningkatkan kemahuan menimba pengetahuan dengan sentiasa bersikap proaktif untuk mempelajari ilmu, kemahiran dan nilai baharu bagi memenuhi tuntutan dalam bidang tugas yang diamanahkan. Kita telah menggubal Perancangan Strategik Sekolah untuk memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bagi menjayakan enam aspirasi murid iaitu; melahirkan insan yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta dentiti nasional. Isu-isu pendidikan telah dirancang untuk diselesaikan di bawah empat KRA utama iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran bermakna dan sokongan PIBG serta komuniti bagi tujuan menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti menjelang tahun 2025. 

Usaha untuk memperkasa sekolah  adalah tanggungjawab kita semua. Kesanggupan kita untuk bermuafakat dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) dan jelekit adalah kunci segala-galanya. Dalam konteks ini, saya menyeru kepada seluruh warga    SMK Seri Jengka untuk menjadikan CPO iaitu Collaborative-Participative-Ownership sebagai satu budaya kerja demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bersama.

Semoga usaha kita semua sentiasa diberkati dan beroleh kekuatan untuk melaksanakan transformasi pendidikan serta menjalankan tugas dan tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik kita semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen. Selamat  menjalankan tugas yang diamanahkan untuk tahun 2021. 

Sekian. Terima  kasih

 

ISMAIL BIN ABAS

PENGETUA

SMK SERI JENGKA

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM

"Leading Towards Excellence"

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...