SELAMAT MAJU JAYA SPM 2022

 

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan anak2 soleh dan solehah SMK Seri Jengka menjalani peperiksaan SPM 2022 bermula hari pertama 30 Januari 2023 sehingga selesai pada 15 Mac 2023.
 
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan. Lindungi mereka dari halangan dan rintangan. Permudahkanlah setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul. 
Ya Allah,
tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan MU semata-mata. Terimalah doa kami dan makbulkan dengan berkat kekasihMU, Nabi Muhammad SAW.
Aamiin, aamiin ya rabbal' alaamiin.
 



 

 

Tajuk : Majlis Anugerah Perdana Seri (APS) kali ke-16 Tahun 2022
Tarikh : 26 Januari 2023 (Khamis)
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Jengka
Perasmi : YH Dato' Haji Abd Rahman bin Daud DIMP.,SMP.,AMP.,PJK.
Pengarah Urusan Binaan Desjaya Sdn. Bhd.
(exYDP PIBG SMK Seri Jengka)
Motto : 'Membara Jiwa Menjulang SERI'
Tema : Pilihan warna Merah & Silver 
 
 


 

 

Majlis Serah Tugas & Akuan Terima Nota Serah Tugas Pemimpin Muda @SERI
Tarikh : 25 Januari 2023 (Rabu)
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Jengka
 
Seluruh warga SMK Seri Jengka menzahirkan ucapan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber; dan Exco Asrama atas pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga beroleh keberkatan melalui khidmat bakti yang dicurahkan untuk sekolah yang disayangi ini.
Semoga barisan kepimpinan baharu yang telah dilantik akan menggalas tugas dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Tahniah atas pelantikan sebagai Pemimpin Muda @SERI.
 
 




 


 Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan anak anak soleh dan solehah SMK Seri Jengka menjalani peperiksaan SPM 2022 dari hari pertama sehingga selesai. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan. Lindungi mereka dari halangan dan rintangan. Ya Allah mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul. Ya Allah tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan mu semata mata. Terimalah doa kami dan makbulkan dengan berkat kekasihmu, Nabi Muhammad S.A.W. Aamiin, aamiin ya rabbal' alaamiin.

#serithebest 

 


 

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...