Majlis Penghargaan Penyampaian Keputusan SPM 2021
Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
 Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Seri Jengka

Alhamdulillah
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar SMK Seri Jengka dalam SPM 2021.
Kami warga SERI sentiasa mendoakan kejayaan dunia dan akhirat buat semua pelajar SPM 2021. Semoga anak-anak SERI terus cemerlang. 
 
 
 







 
 

 

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-30 SESI 2022/2023
Tarikh: 03 Jun 2022
Hari : Jumaat
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina Smk Seri Jengka Pahang
.
Terima kasih kepada kepada semua Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang hadir dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Jengka kali ke-30.
.
Jutaan terima kasih juga buat semua jawatankuasa guru yang terlibat dalam menyusun, merancang dan melaksanakan majlis ini dengan jayanya.
.
Setinggi harapan daripada pihak sekolah semoga PIBG Smk Seri Jengka Pahang terus membantu memberi sokongan dan dokongan dalam organisasi untuk lebih bermotivasi dan bersemangat dalam menjayakan apa jua program yang akan dilaksanakan selepas ini.
 
 




 

 

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
SMK Seri Jengka tahun 2022
Tarikh 17 Mei 2022
Hari Selasa
 
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
SELAMAT HARI GURU 2022
Pendidikan adalah kunci kejayaan dalam hidup, dan Guru memberi impak yang berkekalan dalam kehidupan pelajar. Sehebat mana pun seseorang itu, semuanya lahir daripada iltizam dan istiqamah seorang guru. Jasa mu pasti dikenang, tidak akan dilupa selamanya. Moga mereka sentiasa diredhai & dirahmati Allah SWT selalu. Aamin Ya Rabbal Alamiin.
 
 


 

 

Program Sekolah Bersama PIBG:
Gotong royong perdana bersama ibubapa anak anak soleh solehah SMK Seri Jengka
Tarikh 14 Mei 2022 (Sabtu)
 
Sayang selasih ditumpah minyak,
Bunga jengkang dengan jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Kerana sudi bersama kami.
Seluruh warga SERI mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini.


 
 

 

Seluruh warga seri mengucapkan tahniah kepada guru guru yang menerima Anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2021. Tahniah di atas anugerah ini
1. En Ismail bin Abas
2. En Suhairi bin Shafie
3. En Azwan bin Musah
4. Pn Nurizzati binti Ab. Wahab
5. Pn Dzarifah binti Hussain
6. Pn Nik Rosnah binti Hussin
 

 

09052022

 

Perhimpunan Rasmi Pertama setelah lebih 2 tahun tidak dapat melaksanakannya.
Semoga Anak2 SERI terus bersemangat untuk menggapai Kecemerlangan Dunia dan Akhirat
Doakan Kejayaan Kami.
 
 

 

Terima kasih Alumni SMK Seri Jengka Pahang
Mia Ghaffar Mia Ghafar atas sumbangan Pizza bagi semua Guru dan Staff SMK SERI Jengka
sempena Sambutan Hari Guru 2022
Semoga Perniagaan berkembang maju



 
 

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...