Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Khatam Al Quran dan Infaq Ramadan/ Bakul Syawal Tahun 1443 H
*Saksikan live di fb sekolah Smk Seri Jengka Pahang pada jam 8.30 pagi*.
 
 

 

 

#serithebest 


 

 

Assalammualaikum
Makluman rasmi cuti persekolahan bersempena Hari Raya Idul Fitri dari 30 April hingga 8 Mei 2022. Pelajar dibenarkan balik pada 29 April 2022 (Jumaat) bermula jam 11:30 pagi.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 
 

 

video 

Program : Jom baca bersama 10 minit
Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
SMK Seri Jengka 


 
 

 

Rezeki tidak pernah salah alamat.
Rezeki bersempena bulan Ramadan yang mulia, bulan penuh keberkatan.
Seluruh warga SERI terutama anak anak soleh dan solehah SMK Seri Jengka menerima sumbangan karpet baharu di Surau Al Tolibin.
Syukur Kehadrat Allah SWT. Jutaan terima kasih kepada penyumbang yg budiman.
Terima kasih AlFadil Ustaz Muhamad Idris bin Derus berikhtiar dan berurusan dengan penyumbang dan menguruskan pemasangan karpet di surau.
Semoga Allah SWT mengalirkan pahala yang berterusan pada penderma yang dermawan.
Semoga warga SERI dapat berterusan mengimarahkan surau Al Tolibin dengan aktiviti keagamaan.
Ayuh warga SERI, imarahkan surau dan tingkatkan mutu ibadat.
 
 




 

 

"Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka (disediakan) pahala yang besar" - surah al Isra' : 9   
 
Salam Nuzul Al Quran 1443H 
19 April 2022
 



 

PROGRAM OPS SEJAHTERA PAHANG DALAM MENANGANI GEJALA BULI DAN ALA SAMSENG, PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAN PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SMK SERI JENGKA
 
 Tarikh : 8 April 2022 (Jumaat)
Tempat : Dewan Ibnu Sina SMK Seri Jengka
 
Semoga anak anak SERI sentiasa dipelihara dari gejala yang tidak bermoral dan pemimpin muda SMK SERI JENGKA dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sehabis baik.
 Aminn
 
 


 






 
 

 

Rabu 06 April 2022
Majlis Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan SMK Seri Jengka &
Majlis penyampaian hadiah pertandingan secara atas talian Kokurikulum Tahun 2021
dan majlis penyampaian bantuan alat tulis Pahang Pride kepada pelajar B40.
 
 





 

 

Assalammualaikum.
 
Kami warga SMK Seri Jengka mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah. Semoga Ramadan kali ini akan menjadi Ramadan yang paling bermakna kepada kita semua. Maafkan kekhilafan kami sepanjang kami berkhidmat dan doakan kami sentiasa dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak SERI demi bangsa agama dan negara. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1443H dari kami di SMK Seri Jengka.
 
 

 

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...