MAKLUMAN FROG VLE

PERTANDINGAN FROGPLAY CHAMPIONSHIP 2017
Bermula 11 JUN hingga 11 Ogos 2017.

WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Sambutan Aidilfitri SMK Seri Jengka 2017 telah berlangsung pada 7 Julai 2017 lalu. Sempena majlis ini, sekolah bertuah dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas pengetua SMK Seri Jengka, Datin Seri Dato' Hajah Siti Fatimah binti Kassim. Pada majlis ini juga, beliau telah sudi melawat Surau Al-Tolibin. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau menghadirkan diri dan memberi sumbangan.

MAJLIS TADARUS PERDANA, KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAI 2017

Pada bulan Ramadhan yang lalu, beberapa aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya :

1. Majlis Tadarus Perdana
Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Surau Al-Tolibin, SMK Seri Jengka
Penglibatan : Semua warga SERI (guru, staf sokongan dan pelajar)


2.Khatam Al-Quran dan Iftar Jamai
   Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu)
   Masa : 4.30 petang - 8.00 malam
  Tempat : Surau Al-Tolibin, Dewan Makan SMK Seri Jengka
  Penglibatan : Semua warga SERI (guru, staf sokongan dan pelajar)

  Alhamdulillah… Johan Bridge Building Competition peringkat daerah Akan mara ke pertandingan STEM peringkat negeri Tahniah peserta Tahniah...